(Video) Jumpa Pastri Berusia 25 Tahun Dan Cuba Makan, Apa Yang Terjadi Pada Wanita Ini Buat Ramai Kagum

Satu bebenang di laman sosial Twitter yang menceritakan tentang seorang wanita yang terjumpa sebungkus makanan berisi pastri berusia 25 tahun semasa mengemas peti aisnya telah menjadi tular. Mungkin perkara tersebut tidaklah begitu pelik, tetapi apa yang menariknya adalah wanita tersebut telah memutuskan untuk memakan makanan tersebut.

Pengguna Twitter bernama Michael Patrick merupakan individu yang telah berkongsikan bebenang di Twitter berkenaan perbuatan luar biasa ibunya itu. Patrick menyatakan bahawa ibunya menegaskan bahawa makanan tersebut masih lagi elok dan telah memutuskan untuk menjadikan makanan itu sebagai hidangan pencuci mulut.

Untuk memberikan konteks lain berkenaan berapa lama usia pastri tersebut, dia telah menambah bahawa tarikh yang terdapat pada bungkusan itu adalah dari tahun 1995, lebih tua daripada usia Patrick serta adiknya.

Dalam ciapan seterusnya, Patrick telah menyatakan bahawa makanan tersebut telah dibawa ke dalam ketuhar dan menyeru warganet agar terus mengikuti perkembangan mengenai perkara berkenaan.

Berikut adalah bebenangnya:

Ketika Patrick menyatakan bahawa makanan itu telah dibawa masuk ke dalam ketuhar untuk disiapkan, sebahagian warganet telah menyatakan bahawa ianya mungkin idea yang buruk, manakala yang lain pula tidak sabar untuk melihat sama ada ibunya itu akan memakan makanan tersebut atau tidak. Berikut adalah beberapa reaksi yang dikongsi menerusi ciapan tersebut.

“Ini adalah rasa teruja yang amat menarik,” tulis seorang pengguna Twitter. “Notification on,” kata yang lain. “Tolong update semula berkenaan perkara ini, tak sabar untuk melihatnya,” tulis warganet yang lain.

Patrick telah menepati kata-katanya dan berkongsikan dua lagi ciapan untuk meredakan keterujaan warganet. Salah satu ciapan yang dimuat naik menunjukkan hasil akhir hidangan yang dibuat oleh ibunya menggunakan pastri tersebut. Ciapan seterusnya pula memaparkan adegan ibunya itu memakan pastri berusia 25 tahun tersebut.

Daripada geli hingga kagum, ramai warganet telah berkongsikan pelbagai komen selepas bebenang tersebut berakhir. Namun, terdapat sebilangan kecil yang berbangga dengan ibu Patrick.

“Unit racun sedang bersiap sedia,” tulis seorang pengguna Twitter. “Ew! Tidak! Ew!” tulis warganet lain.

Sumber: hindustan times

The post (Video) Jumpa Pastri Berusia 25 Tahun Dan Cuba Makan, Apa Yang Terjadi Pada Wanita Ini Buat Ramai Kagum appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments