(Video) Hanya Guna 3 Bahan, Ini Langkah Mudah Sental Kotoran Degil Pada Papan Pemotong Sampai Bersih

Setiap kali memasak, penggunaan papan pemotong sememangnya sentiasa menjadi peralatan penting bagi menyediakan bahan-bahan memasak, memotong daging atau ikan dan sebagainya.

Tidak dapat dinafikan bahawa terkadang hanya satu sahaja papan pemotong plastik yang digunakan oleh ibu-ibu atau suri rumah. Keadaan ini menyebabkan papan pemotong tersebut mudah kotor dan susah untuk dibersihkan.

Ada sesetengah yang terus membuang papan pemotong tersebut dan membeli yang baru.

Jangan susah-susah, kotoran yang ada pada papan pemotong tersebut sebenarnya sangat mudah untuk ditanggalkan iaitu dengan hanya , menggunakan limau nipis, baking soda dan cuka.

Langkah-langkah:

  1. Langkah pertama adalah dengan membelah dua limau nipis dan menaburkan baking soda pada permukaan papan pemotong.
  2. Seterusnya, gosok papan pemotong dengan limau tersebut dan biarkan selama 10  minit.
  3. Setelah itu, gosok sekali lagi dengan limau tersebut dan tuangkan cuka.
  4. Selepas itu, gosok sekali lagi dan anda juga boleh menggunakan berus besi bagi mendapatkan  hasil yang lebih baik.
  5. Akhir sekali, bilas papan pemotong tersebut dengan air dan anda pasti terpesona dengan hasilnya.

Anda juga boleh menonton video di bawah ini bagi melihat dengan lebih jelas langkah-langkah yang perlu dilakukan.

Sumber: CrazyIndianHacker

The post (Video) Hanya Guna 3 Bahan, Ini Langkah Mudah Sental Kotoran Degil Pada Papan Pemotong Sampai Bersih appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments