(Video) Habiskan 150 Muka Surat Al-Quran Sehari, Nora Danish Sebak Khatam Al-Quran, Niat Sedekah Pada Arwah Ayah

nora danish mengaji Al-Quran

Bukan mudah untuk menghabiskan bacaan Al-Quran. Memerlukan ketekunan yang tinggi, hanya mereka yang istiqamah dan konsisten sahaja mampu khatam kitab suci ini.

Sebentar tadi, selebriti terkenal tanah air, Nora Danish sempat berkongsi detik menyentuh hati setelah beliau menghabiskan bacaan Al-Quran pada hari ini.

Baginya, hari ini merupakan hari yang istimewa kerana berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebelum Syawal menjelang tiba. Tambahnya, Nora menyedekahkan bacaan Al-Quran tersebut buat ayahnya yang telah meninggal dunia.

“Ya Allah , Syukur Alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Macam tak percaya dapat Khatam pada 9 malam terakhir Ramadhan. SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui.

“Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan Pada Arwah Papa. Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Ampunilah dosa-dosa nya Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah Maha Mengasihani, Maha Penyayang Dan Maha Pengampun .

“Terimalah ya Allah bacaan hamba-Mu yang tidak sempurna ini. Sesungguhnya Allah Maha Penerima,” tulisnya.

Sahabat jadi inspirasi

Tambah Nora, beliau akan mengkhatamkan Al-Quran bersama ustaz-ustazah apabila semuanya reda. Nora turut berterima kasih kepada rakan selebriti Elizad Shariduddin yang turut sempat menghabiskan bacaan Al-Quran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok. Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi Nora.

Dengan jadual Nora yang padat, niat nak khatam bertahun tahun tersekat.

Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal, jadi nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan, takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadi nya, saya pula berminat dengan pen digital itu. Jadi saya pula start mengaji.

Aturan Allah. Dan ditambahkan pula , bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah Khatam during MCO, lagi berkobar jiwa raga ini. Thank you babe, you pendorong semangat I.

Harap post Nora ini akan pula membuka niat pada mereka yang lain. InsyaAllah. Sama sama kita kongsi benda yang baik.

150 muka surat sehari, tak sabar bangun tidur nak mula mengaji

Pada mula nya. Satu muka surat nak habiskan rasa susahhhhh nyaaaa. Lama-lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari. Sampai rasa tak sabar nak bangun tido dan mula mengaji. MasyaAllah.

Berkat Doa lepas solat bersungguh-sungguh sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ini. Allah Maha Mendengar.

Terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran digital pen ini.
Juga Terima kasih pada followers yang mendoakan setiap kali Nora kongsi perjalanan khatam ini.

Dan perjalanan khatam ini tidak akan sempurna tanpa doa suami dan ibu tercinta. Terima kasih, love you both.

Suami yang banyak bersabar mendengar suara sumbang Setiap hari. Ada hikmah MCO ini Bagi saya. Boleh fokus 110 peratus. Kalau tidak ada je dugaan. Seterusnya, terjemahan.

View this post on Instagram

Ya Allah , Syukur Alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Mcm tak percaya dapat Khatam pada 9 malam terakhir Ramadhan 😢 SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui. Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan Pada Arwah Papa. Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Ampunilah dosa dosa nya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah Maha Mengasihani , Maha Penyayang Dan Maha Pengampun 🙏🏼 Terima lah ya Allah bacaan hamba Mu yg tidak sempurna ini 😢SesungguhNya Allah Maha Penerima. InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok. Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang , tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora Yg padat, niat Nak Khatam bertahun tahun tersekat. Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal , so nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan , takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadi nya , saya pula berminat dengan pen digital itu , Jadi saya pula start mengaji 😍 Aturan Allah 💜 Dan ditambahkan pula , bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah Khatam during MCO , lagi berkobar jiwa raga ini. Thank u babe, 😘 u pendorong semangat I. Harap post nora ini , akan pula membuka niat pada mereka Yg lain. InsyaAllah. Sama sama kita share benda yang baik. Pada mula nya. Satu muka surat nak habiskan rasa susahhhhh nyaaaa. Lama lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari. Sampai Rasa tak sabar Nak bgn tido n start mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ini. Allah Maha Mendengar. Terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran digital pen ini. Juga Terima kasih pada followers Yg Mendoakan Setiap kali nora share perjalanan Khatam ini. Dan perjalanan Khatam ini tidak akan sempurna tanpa Doa Suami & Ibu tercinta💜 Terima kasih , love u both. Suami Yg byk bersabar mendengar suara sumbang Setiap hari 🤦🏼‍♀️😬 Ada hikmah MCO ini Bagi saya. Boleh focus 110 percent. Kalau tidak ada je dugaan. Next , terjemahan 🥰

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

Sumber: Nora Danish

The post (Video) Habiskan 150 Muka Surat Al-Quran Sehari, Nora Danish Sebak Khatam Al-Quran, Niat Sedekah Pada Arwah Ayah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments