(Video) Ditutup Selepas 30 Tahun, McD Jakarta Dikerumun Tanpa Penjarakan Sosial

Video tular orang ramai memenuhi perkarangan McDonalds yang terletak di sebuah bangunan membeli-belah di Jakarta tanpa mengamalkan penjarakan sosial yang betul.

Restoran makanan segera yang sudah beroperasi sejak 1991 itu ditutup pada Ahad (10 Mei) selepas hampir 30 tahun pembukaannya.

Penutupan itu dikatakan bagi melakukan perubahan strategi bisnes dan ubah suai bangunan membeli-belah tersebut.

Walau bagaimanapun, video tular itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata bimbang dengan kehadiran orang ramai yang memenuhi kawasan restoran itu dengan jarak yang terlalu rapat antara satu sama lain.

Wilayah itu ketika ini sedang melaksanakan penjarakan sosial berskala besar untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Sehingga kini, jumlah kes COVID-19 di Indonesia terus meningkat dalam tempoh 24 jam, iaitu sebanyak 13,645 (setakat 9 Mei 2020).

Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 427 kes diikuti Jawa Timur (141 kes), Jawa Barat (95) dan selebihnya dari wilayah lain di Indonesia.

Sumber: Kompas

The post (Video) Ditutup Selepas 30 Tahun, McD Jakarta Dikerumun Tanpa Penjarakan Sosial appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments