(Video) Diculik Ketika Umur 2 Tahun, Lelaki Sebak Bertemu Semula Ibu Bapa Setelah Terpisah Lebih 3 Dekad

Diculik semasa kecil, seorang lelaki di China kembali bersatu bersama ibu bapanya setelah 32 tahun terpisah, lapor The Guardian.

Ketika usianya baru berusia dua tahun setengah, Mao Yin diculik pada tahun 1988 ketika dia berjalan pulang dari taska bersama bapanya. Dia kembali bertemu ibu bapanya pada Isnin lalu di bandar Xi’an barat iaitu tempat di mana dia dilahirkan.

Selepas kehilangan Mao, ibunya, Li Jingzhi, berhenti kerja bagi mencari anaknya yang mengambil masa selama beberapa dekad termasuk menghantar lebih 100,000 risalah dan muncul di beberapa rancangan televisyen.

Selepas lebih tiga dekad, maklumat yang diperolehinya pada April lalu membawa kepada pertemuan yang ditunggu-tunggu. Polis menerima maklumat mengenai seorang budak lelaki dari Xi’an yang dijual kepada sebuah keluarga yang jaraknya lebih 600 km sahaja dengan harga 6,000 yuan.

Memetik laporan The Guardian, pihak berkuasa menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk membantu pencarian tersebut.

Setelah ujian DNA juga mengesahkan identiti Mao Yin, pada 10 Mei lalu yang juga merupakan Hari Ibu, polis memberitahu kepada Li bahawa anaknya telah dijumpai.

“Ini merupakan hadiah terbaik yang pernah saya dapat pada Hari Ibu,” katanya.

Dinamakan sebagai Gu Ningning, Mao telah dibesarkan di bandar Mianyang di wilayah kejiranan Sichuan tanpa menyedari bahawa dia menjadi sasaran pencarian selama beberapa dekad.

After 32 years, Chinese mother finds lost son

A mother never loses hope. More than 30 years after her son was kidnapped, this mother finally reunited with her child.Full story: sc.mp/c07c7

Posted by South China Morning Post on Tuesday, 19 May 2020

Sumber: The Guardian, South China Morning Post

The post (Video) Diculik Ketika Umur 2 Tahun, Lelaki Sebak Bertemu Semula Ibu Bapa Setelah Terpisah Lebih 3 Dekad appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments