(Video) Dakwaan Tujuh Warga Asing Lari Dari Pusat Kuarantin, MKN Akan Teliti SOP -Ismail Sabri

Putrajaya, 5 Mei- Menjawab pertanyaan wartawan mengenai dakwaan kes tujuh warga asing lari dari pusat kuarantin, Ismail Sabri berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan meneliti perkara itu.

Kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) itu, sebelum ini pernah terjadi kes serupa, namun mereka yang terlibat telah ditangkap pihak berkuasa.

“Dulu pun berlaku di Selangor Mansion, dua orang lari. Kita laporkan kepada pihak polis, dan pihak polis dapat menjejaki dan menangkap mereka semula.

“Perkara sama akan dilakukan dan insyaAllah kita akan tengok dari segi prosedur operasi standard (SOP) dan kita akan periksa semula bagaimana mereka boleh lari dari kawasan tersebut.

“Kalau SOP tidak ketat, kita akan lebih perketatkan. InsyaAllah MKN akan tengok perkara tersebut,” katanya.

Ucapan bermula pada minit 27:27.

Sumber: RTM

The post (Video) Dakwaan Tujuh Warga Asing Lari Dari Pusat Kuarantin, MKN Akan Teliti SOP -Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments