Tokey Cina ni bagi alasan, Walau Gaji RM100 sehari, pekerja tempatan berhenti selepas tiga jam

KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,000 pekerja tempatan kini sudah mula bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang, setakat hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata ia membuktikan tanggapan salah oleh kebanyakan pihak bahawa rakyat negara ini enggan bekerja di pasar borong yang dikaitkan dengan bau bvsuk, kotor dan kerja berat.

“Bila kawasan pasar borong ditutup, maka tauke diminta ambil pekerja tempatan.

Hari ini, saya terkejut kerana sudah ada 1,000 pekerja tempatan yang bekerja di pasar borong.

“Kita kena buktikan ada warga tempatan yang nak kerja. Kita juga sudah temu duga gelandangan yang mahu bekerja di pasar borong dan ramai yang mahu bekerja.

“Saya tak mahu lihat lagi pasar borong menjadi ‘Little My4nmar’ atau ‘Little Arakan’, Selayang kena kekal Selayang,” katanya ketika bersiaran secara langsung menerusi Facebook, hari ini.

 

Sebelum ini, BH melaporkan peniaga dan pemborong sayur, buah dan ikan di Pasar Borong Kuala Lumpur, memerlukan hampir 3,000 pekerja tempatan.

“Kalau kita untung banyak sejak sekian lama, kenapa tidak boleh bayar gaji lebih sedikit, asalkan pekerja tempatan, berbanding pekerja asing yang sebahagiannya tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Perbetulkan keadaan ini. Mungkin perlu bayar lebih sedikit, tetapi tiada salahnya jika kita kongsikan kemakmuran dan keuntungan perniagaan dengan rakyat sendiri,” katanya.

Warga Asing Tidak Yakin Rakyat Malaysia Akan Bertahan Bekerja Di Pasar Borong Selayang

Walaubagaimanapun, pekerja asing yang sudah lama bekerja di Pasar Borong Selayang meramalkan pekerja tempatan tidak akan mampu untuk bertahan bekerja di situ.

Warga asing yang bekerja di pasar borong tempatan kebanyakannya tidak yakin rakyat Malaysia akan menyahut cabaran kerajaan untuk mengisi kekosongan kerja yang ditawarkan.

Seorang pekerja pasar di PJ Old Town yang dikenali sebagai Shoaib menceritakan pengalaman kerja selama 10 tahun di pasar bsaha berkenaan.

Shoaib berasal dari Bangladesh ini menyatakan dirinya sudah banyak menyaksikan pekerja tempatan cabut lari kerana tidak tahan melakukan kerja.

Mungkin disebabkan paksaan hidup yang dihadapi oleh golongan pekerja asing menyebabkan mereka tabah menjalani kepayahan dalam mencari rezeki untuk keluarga.

Pekerja tempatan akan berhenti kerja apabila mereka mengetahui perlu bangun seawal yang mungkin, tidak dibenarkan cuti dan persekitaran pasar yang berbau busuk.

Dalam setahun pekerja pasar hanya diberikan cuti selama 10 hari dan selebihnya ialah hari bekerja.

Kadang kala cuti hanya dibenarkan separuh hari kerana majikan memerlukan pertolongan untuk mencuci kawasan gerai.

Bagaimanpun, Majlis Belia Malaysia (MBM) yakin bahawa golongan belia di negara ini mempunyai pelbagai kemahiran yang boleh dipraktikkan menerusi sektor ini, serta berharap agar mereka tidak terlalu memilih pekerjaan

Gaji RM100 sehari, pekerja tempatan tak tahan selepas tiga jam

Namun lain pulak yang berlaku, tauke-tauke cina di pasae borong Selayang memberi alasan yang tidak masuk akal. Mereka sememangnya mahu gajikan wa4ga asing kerana lebih murah.

Dengan penahanan pekerja tanpa dokumen sah di Pasar Borong Kuala Lumpur, ramai warganegara yang memerlukan kerja dalam tempoh kawalan pergerakan turut bekerja di pasar yang pernah terkenal dengan kehadiran pendatang asing itu.

Walau bagaimanapun, China Press melaporkan, ramai pekerja tempatan tidak dapat bertahan dengan suasana kerja yang sukar di pasar borong, walaupun gaji harian RM100 ditawarkan.

Ramai orang tempatan hanya mampu bertahan beberapa hari, malahan ada yang memilih berhenti hanya selepas bekerja selama tiga jam.

Seorang pemborong di pasar memberitahu, daripada 40 pekerja tempatan yang digaji sejak dua minggu lalu, yang masih tinggal hanyalah lima orang

Menurut akhbar itu, terdapat 448 gerai dalam Pasar Borong Kuala Lumpur dengan 216 menjual sayur, hasil laut (168) dan buah-buahan (64).

Dianggarkan sekurang-kurangnya 4,000 malahan mencecah 5,000 pekerja asing dan pelarian mencari rezeki di pasar itu sebelum ini.

Selepas penguatkuasaan dijalankan, kini hanya terdapat lebih 60 pekerja asing berdokumen sah yang bekerja di situ.

Walaupun pemborong di pasar menawarkan gaji harian RM100 yang menjanjikan pendapatan bulanan lebih RM1,200 hingga RM2,500 (bekerja tiga hari seminggu dan gaji berlainan mengikut jenis gerai), tetapi orang tempatan tidak berminat kerja pasar.

Pengerusi Persatuan Hasil Laut Kuala Lumpur, Xin Jian Jia berkata, peniaga cuba menggaji pekerja tempatan setiap hari.

Katanya, kadar mobilasi pekerja tempatan bagaimanapun sangat tinggi dan ramai yang berhenti kerana gagal menghadapi suasana kerja di pasar.

Keadaan itu, katanya, memaksa pemborong menolak dan menghantar barang dengan sendiri kerana kekurangan pekerja.

Ujarnya lagi, dia telah menggaji 40 pekerja tempatan sejak dua minggu lalu, tetapi yang tinggal sekarang hanyalah lima orang.

“Kebanyakan orang berhenti kerana gagal menampung beban kerja yang tinggi dan kasar.

“Mereka perlu menolak barang yang beratnya berpuluh-puluh kilogram antara tempat meletak kenderaan dengan pasar.
Setiap hari, mereka perlu melakukan rutin ini puluhan kali lamanya,” katanya.

Jian Jia berkata, pemborong juga berdepan kerugian kerana terpaksa membelanjakan lebih RM300 untuk setiap pekerja baharu yang perlu diuji dan disahkan bebas COVID-19 sebelum memulakan kerja.

“Tak sangka, mereka berhenti selepas bekerja beberapa hari sahaja,” katanya.

Jelasnya, untuk gerai ikan, pemborong di pasar menawarkan gaji harian RM100 dengan pendapatan bulanan dianggarkan antara RM2,000 hingga RM2,500.

“Waktu bekerja pada hari kerja adalah dari 11 malam hingga 7 pagi,” katanya.

Sumber : Malaysia Gazette




Post a Comment

0 Comments