Tiada Lagi Ziarah Aidilfitri Selepas Ini,Jika Deg1l Juga Ini Respon Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR – Memasuki hari kedua bulan Syawal hari ini, bermakna rakyat tidak boleh lagi meneruskan budaya kunjung mengunjung dan aktivit ziarah Aidilfitri selepas ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagi mengekang penularan wabak COVID-19, kerajaan sebenarnya memberi kelonggaran itu hanya pada hari pertama sambutan Aidilfitri dengan syarat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), antaranya terhad kepada 20 ahli keluarga terdekat, mengamalkan jarak sosial dan menjaga kebersihan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi aktiviti ziarah sempena Aidilfitri.

“Aktiviti ziarah-menziarahi hanya dibenarkan untuk hari raya pertama sahaja berdasarkan SOP yang kita keluarkan sebelum ini.

“Kalau kita raya 24 hari bulan dan selepas itu dia tidur di situ, lebih jam 12.01 tengah malam hari berikutnya, itu adalah salah dari segi SOP yang dikeluarkan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

MANA-MANA individu yang melanggar arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini boleh didenda sehingga RM 1,000 atau penj4ra enam bulan atau tidak kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, hukum4n diputuskan menerusi Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) .

Meskipun ada segelintir golongan degil enggan mematuhi SOP dengan mencuba nasib merentas negeri untuk pulang ke kampung, namun sebilangan besar masyarakat di negara ini dilihat sudah dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu sambutan perayaan itu tahun ini.

Misalnya, masjid, surau dan tanah perkvburan yang menjadi tumpuan utama umat Islam pada 1 Syawal saban tahun, dilihat sepi dan lengang susulan perintah larangan yang dilaksanakan di kebanyakan negeri.

Perintah larangan itu juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada umat Islam di negara ini mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga menerusi solat sunat Aidilfitri  dan penyampaian khutbah di kediaman masing-masing.

Selain itu, bagi golongan bujang yang tidak dapat pulang ke kampung beraya bersama keluarga tercinta, kemajuan teknologi dimanfaatkan sepenuhnya dengan menggunakan aplikasi panggilan video yang digunakan untuk mengubati rindu mereka terhadap anggota keluarga.

Sememangnya sudah menjadi tradisi sambutan Aidilfitri adalah saat terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan sanak-saudara, sahabat handai serta jiran tetangga dan masyarakat pelbagai agama dan bangsa di negara ini dengan saling berkunjung pada hari raya.

Namun, penularan pandemik COVID-19 tidak mengizinkan tradisi itu diteruskan pada tahun ini kerana aktiviti ziarah Aidilfitri melibatkan pergerakan dan berjumpa dengan ramai orang pada satu-satu masa, termasuk dengan golongan mudah terjejas seperti warga emas, pesakit kronik dan kanak-kanak.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 62.6 peratus daripada kes kem4tian akibat COVID-19 terdiri daripada mereka berusia 60 tahun ke atas manakala 80.7 peratus kes kem4tian melibatkan mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan penyakit lain.

Malah, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pernah mengingatkan orang ramai supaya mendisiplinkan diri untuk elak berjumpa orang ramai walaupun kelonggaran diberikan untuk beraya kerana sudah ada kes jangkitan wabak COVID-19 di luar negara akibat aktiviti ziarah itu.

Beliau mengambil contoh kejadian di Bahrain dan New Jersey, Amerika Syarikat apabila ada keluarga yang terdiri daripada 16 individu menghadiri majlis berbuka puasa dan empat orang berkumpul untuk jamuan makan yang akhirnya menyebabkan mereka semua dijangkiti COVID-19.

Ada sebabnya mengapa kerajaan melaksanakan larangan ziarah Aidilfitri itu, bukan semata-mata untuk menyekat sepenuhnya pergerakan orang ramai ketika musim perayaan tetapi bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang mungkin membawa m4ut kepada golongan berisiko tersebut.

Justeru, umat Islam diminta supaya bersabar menerima ketetapan sambutan bulan Syawal tahun ini dalam norma baharu dengan hati yang terbuka.

Sumber : Msiagazette




Post a Comment

0 Comments