Tiada Lagi Nasihat, Kompaun Akan Dikenakan Jika Langgar Peraturan PKPB – Ismail Sabri

Tiada lagi amaran dan nasihat kepada individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebaliknya tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak polis akan mengeluarkan kompauan dan mereka yang melanggar peraturan akan dihadapkan ke mahkamah.

Beliau juga turut memberi peringatan kepada semua rakyat untuk terus mematuhi peraturan di dalam PKPB dan tidak beranggapan polis akan memberi kelonggaran kepada mereka yang bersalah.

”Harap semua rakyat kita patuh akan setiap peraturan dan SOP oleh kerajaan.

”Jangan ada tanggapan polis akan biarkan saja tanpa tindakan undang-undang, jangan ambil kesempatan atas nasihat polis,” katanya.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (19 Mei 2020)

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Monday, 18 May 2020

Sumber: Sidang Media Perkembangan PKPB

The post Tiada Lagi Nasihat, Kompaun Akan Dikenakan Jika Langgar Peraturan PKPB – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments