TERKINI: Seramai 88 Pesakit Telah Sembuh Dan Discaj Hari Ini

Sebanyak 88 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat 11 Mei 2020.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 5113 orang atau 76% daripada jumlah keseluruhan.

Sumber: Sidang Media KKM

The post TERKINI: Seramai 88 Pesakit Telah Sembuh Dan Discaj Hari Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments