TERKINI: 88 Lagi Pesakit Covid-19 Telah Sembuh Dan Discaj Dari Wad Hari Ini

Sebanyak 88 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat 15 Mei 2020.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 5,439 orang atau 79.3% daripada jumlah keseluruhan.

Sumber: Sidang Media KKM

The post TERKINI: 88 Lagi Pesakit Covid-19 Telah Sembuh Dan Discaj Dari Wad Hari Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments