Tak Putus Asa! Dua Bot PATI Rohingya Bersiap Sedia, Hanya Tunggu Masa Memasuki Perairan Negara

Walau pun baru baru ini timbul isu bot yang membawa warga PATI Rohingya hendak memasuki perairan kawasan negara
kita tapi dapat dipatahkan oleh Pasukan Polis Marin dan timbul berbagai kisah bila kita tidak membenarkan
bot itu menceroboh kawasan Malaysia.

Ini berlaku pada bulan lalu bila Negara kita digemparkan dengan berita pelarian Rohingya seramai 200 orang cuba memasuki sempadan Negara melalui perairan Langkawi. Ianya menjadi tanda tanya ramai berikutan bagaimana cara mereka melepasi perairan biar pun telah dikawal pihak berkuasa.

DUA BOT PATI ROHINGYA BERSIAP SEDIA MEMASUKI NEGARA
Dalam perkembangan terbaru, Pasukan Polis Marin (PPM) telah mendapat maklumat bahawa dua bot yang membawa warga PATI Rohingya sedang bersiap sedia menceroboh masuk ke Malaysia. Difahamkan mereka kini berada di kawasan perairan Negara jiran.

Memetik kepada laporan Harian Metro, Komander PPM Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Yusof Mamat memberitahu yang mereka juga ada menerima maklumat wujud bot lain yang juga sedang cuba masuk ke Negara kita.

Foto Hiasan

TIDAK BERANI MASUK, KAWALAN DARI ATM, APMM DAN PPM

Sehingga kini, PATI tersebut tidak berani untuk masuk ke perairan Malaysia setelah agensi yang membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan juga PPM telah mengetatkan kawalan di sempadan perairan Negara.

“Apa yang kita terima memang ada dua bot lagi berada di perairan Negara jiran. Namun disebabkan kawalan ketat ini dengan lapisan daripada ATM, APMM dan PPM menyebabkan mereka tidak berani masuk ke Negara ini untuk berlabuh.” Memetik kenyataan kepada Harian Metro.

SEMOGA KESELAMATAN NEGARA TERUS TERJAGA

Sudah pasti perkara ini tidak boleh dianggap remeh. Lihat sahaja kebanjiran warga asing di Negara kita yang memungkinkan pelbagai masalah sosial yang muncul. Difahamkan mereka menguasai Sesuatu kawasan di Negara kita dan mula bersikap naik toncang.

Sejak pandemik mula berlaku di Malaysia, kerajaan mula bertindak tegas terhadap mereka. Dan terbaru, difahamkan kawasan Pasar Borong KL yang dahulunya dikuasai warga asing kini telah pun dikuasai semula warga tempatan apabila kerajaan bertindak membuat operasi “pembersihan”.

Diharapkan perkara ini terus menjadi perhatian utama pemimpin dalam memastikan kesejahteraan dan ketenteraman Negara.

Sumber : hmetro




Post a Comment

0 Comments