Tabung COVID-19: 71 Waris Pesakit Meninggal Dunia Terima Bantuan Ikhsan Kematian RM 5 Ribu Seorang

Sebanyak RM40,298,699.49 berjaya dikumpulkan dalam sumbangan Tabung COVID-19 daripada pelbagai pihak setakat 7 Mei, umum Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagi individu yang telah dirawat kerana positif COVID-19 atau kontak rapat kepada pesakit yang dikenakan perintah pengawasan dan pemerhatian bagi COVID-19, akan diberi RM 100 sehari bagi 14 hari tempoh kuarantin.

Dari 2 kumpulan ini, yang layak memohon bantuan adalah rakyat Malaysia sahaja itu yang bekerja tetapi hilang pendapatan atau tak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan perintah pengawasan dan pemerhatian yang diarah dikuarantin oleh KKM selama 14 hari.

Kedua, yang bekerja tetapi hilang pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh rawatan di hospital akibat COVID-19.

Bagi mereka yang berada di rumah sepanjang PKP tidak layak menerima bantuan ini.

Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM125,700 disalurkan kepada 94 individu yang hilang punca pendapatan di bawah Bantuan Khas Hilang Pendapatan.

“Selain daripada itu, Bantuan Ihsan Kematian sebanyak RM5,000 juga telah diserahkan kepada 71 waris individu yang meninggal dunia akibat COVID-19  dengan jumlah RM355,000.

“Sebanyak RM25,229,105.44 pula telah disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Yayasan Kebajikan Negara untuk bantuan kepada warganegara Malaysia yang memerlukan,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP, hari ini.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada minit ke 9.

Sumber: RTM

The post Tabung COVID-19: 71 Waris Pesakit Meninggal Dunia Terima Bantuan Ikhsan Kematian RM 5 Ribu Seorang appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments