Suara, Percakapan Disamakan Dengan Ustaz Ebit Lew, Usaha ‘Ustaz Tido’ Bantu Golongan Daif Dipuji

Siapalah yang tidak kenal dengan insan bernama Ustaz Ebit Lew. Beliau sentiasa menjadi bualan ramai orang di atas sikapnya yang baik serta sentiasa membantu golongan yang memerlukan.

Namun baru-baru ini, seorang lagi pendakwah dikenali sebagai ‘Ustaz Tido’ mendapat perhatian netizen.

Ustaz Khairil Razak atau lebih dikenali sebagai ‘Ustaz Tido turut dikenali dengan aktiviti membantu dan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Video yang dimuat naik Isnin lalu melalui Facebook miliknya menunjukkan betapa beliau prihatin terhadap nasib sebuah keluarga yang menetap di dalam kebun sawit.

Menangis hari ni ziarah kasih sayang bantu seorang abg bersama isteri dan 2 orang anak kecil duduk dalam kebun sawit sebelah kilang arang.. kesiannya tengok.. duduk keadaan macam ni.. rumah dah macam nak roboh.. Allahu saya usahakan rumah sewa untuk keluarga ni.. alhamdulillah esok dapat masuk satu rumah sewa yg lebih selesa.. syukur.. abg ni berkali kali menolak takut susahkan saya.. tu je.. takut bebankan saya.. saya sayang anak abg.. saya buat ni semua sebab nak Allah sayang.. nak belajar erti syukur.. insyaAllah rezeki Allah bagi.. ramai jer yang nak menyumbang.. abg boleh duduk rumah sewa ni sampai bila2.. insyaAllah saya uruskan semua.. saya suka abg rajin kerja.. saya nak abg terus bekerja dan berusaha.. jaga solat.. isteri abg ni sebak.. alhamdulillah bagi sikit duit belanja dan ada akak ni baik hati bagi baju untuk anak2 mereka.. semoga Allah luaskan rezeki akak.. cantik2 baju yg diberi.. baru2 nampak.. insyaAllah esok saya uruskan perpindahan keluarga ni.. mohon doa semua.. kita macam sebuah keluarga yang hanya nak sayang menyayangi antara kita.. saya rasa berdosa abg akak duduk macam ni setiap hari sedangkan saya tidur nyenyak makan boleh makan apa saya nak.. yaAllah maafkan saya.. rahmatilah kami semua.. #UstazTido

Saudaraku, Disebalik Ujian ada Rahmat

Namun apa yang menarik perhatian apabila cara percakapannya dikatakan persis Ustaz Ebit Lew.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna di Facebook memuji usaha murni ‘Ustaz Tido’ dan mendoakan dipermudahkan urusan dalam membantu golongan yang dalam kesusahan.

Sumber: Facebook Ustaz Tido

The post Suara, Percakapan Disamakan Dengan Ustaz Ebit Lew, Usaha ‘Ustaz Tido’ Bantu Golongan Daif Dipuji appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments