Solat Jumaat & Solat Jemaah Di Setiap Negeri Perlu Mengikut Pihak Berkuasa Agama Negeri Masing-Masing – Menteri Agama

Sidang media berkaitan solat jemaah yang bakal dilaksankan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang disampaikan oleh Menteri Kanan Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli al Bakri sebentar tadi.

Menurutnya dalam sidang media tersebut, solat jemaah yang akan dilaksanakan setiap negeri perlulah ikut Majlis Agama Negeri masing-masing. (Video minit ke 6:30)

Maka perlaksanaan solat Jumaat dan solat jemaah dala tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang diusurkan dalam muzzakar khas tersebut adalah satu pandangan dan nasihat untuk diputuskan oleh pihak berkuasa Agama Negeri masing-masing.

Buat masa ini pakde dan makde tidaklah perlu bergegas ke masjid buat masa ini, sehinggalah pihak agama negeri pakde memberikan keizinnya. Kita perlu patuh kepada Agama Negeri.  

Selain itu juga, Menteri Hal Ehwal Agama ini menasihatkan kepada para jemaah masjid dan surau untuk mengikut langkah-langkah SOP yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

 

Sumber: Sidang Media Hal Ehwal Agama

The post Solat Jumaat & Solat Jemaah Di Setiap Negeri Perlu Mengikut Pihak Berkuasa Agama Negeri Masing-Masing – Menteri Agama appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments