“Saya dipenj4ra 8 hari, anak Zahid didenda RM800. Kenapa berat sebelah?” – Ibu tunggal

Ibu tunggal yang sebelum ini melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mempersoalkan keputusan mahkamah terhadap anak dan menantu bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi atas kesalahan sama.

 

Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suaminya Saiful Nizam Mohd Yusoff didenda RM800 manakala ibu tunggal tersebut, B Lisa Christina dikenakan hukum4n denda maksimum RM1,000 bagi menggantikan hukum4n penj4ra 30 hari.

“Semasa saya dipenjara selama lapan hari, perasaan saya hancur berkecai kerana tidak dapat melihat anak dan berasa sangat malu. Saya juga terpaksa meminjam wang daripada emak sebanyak RM1,000 untuk membayar denda.

“Hari ini (semalam), saya baca anak Zahid hanya diberikan denda RM800 atas kesalahan yang lebih besar dan tidak ada hukuman penjara dikenakan terhadapnya.

“Adakah saya rakyat kelas kedua di negara ini?

Kenapa wujud tindakan berat sebelah? Saya perlukan penjelasan berhubung perkara ini,” katanya menerusi laporan FMT News.

Terdahulu, wanita berusia 30 tahun itu keluar membeli sepeket minuman di kawasan berhampiran dan berhenti berbual bersama tiga individu lain sebelum ditahan polis ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Tempoh penjara ibu yang memiliki seorang anak lelaki berusia enam tahun itu ditukar dengan denda selepas hakim mengambil kira kesalahan (pertama) dan dipenjara selama lapan hari di penjara Kajang.

Sumber FMT




Post a Comment

0 Comments