Rumah meriah & banyak kereta di hari raya, polis jengah ‘tanya khabar’

Sejak semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengelurkan kenyataan bahawa pihak PDRM dan ATM akan menjalankan pemeriksaan kepada mereka yang didapati rentas negeri bagi berhari raya.

Pihak berkuasa turut akan melakukan pantauan dari rumah ke rumah untuk memastikan mereka yang ‘terlepas’ balik berhari raya akan dikenakan tindakan.

Polis datang bila rumah meriah
Menerusi Bernama lagi, pihak berkuasa akan datang ke rumah-rumah yang dilihat meriah serta mempunyai banyak kenderaan sewaktu hari raya nanti bagi memastikan kehadiran tetamu.

Hal ini kerana pihak kerajaan tidak menggalakkan sebarang perkumpulan saudara-mara melebihi 20 orang andai kediaman tersebut bersaiz kecil.

Dikenakan kompaun

Menurut sumber lagi, pihak polis akan mengenakan kompaun terhadap individu yang cuba melakukan pergerakan rentas negeri untuk menyambut Aidilfitri.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, ini kerana tindakan segelintir individu yang melakukan perjalanan rentas negeri tanpa alasan munasabah hanya mengganggu pergerakan petugas barisan hadapan yang kini berusaha mengekang penularan Covid-1

Elakkan ziarah perkvburan juga

Selain daripada itu, Menteri Keselamantan turut  berkata buat masa ini KKM hanya menasihati orang ramai supaya tidak menziarahi kvbur seperti kelaziman yang dibuat setiap kali hari raya bagi mengawal penularan wbak Covid-19 dalam komuniti.

Langkah-langkah tersebut merupakan antara perkara yang harus dipatuhi oleh rakyat Malaysia bagi mengekang penularan pendemik ini.

Kepatuhan rakyat Malaysia dalam mengikuti SOP yang ditetapkan bukan sahaja mampu membendung penularan Covid-19 malahan moleh mengurangkan kadar peratusan kes semasa yang sedia ada.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : Ohmymedia




Post a Comment

0 Comments