Rumah Ibadat Bukan Islam Di Zon Hijau Dibenar Beroperasi Mulai 10 Jun-Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa rumah ibadat bagi bukan islam di zon hijau dibenar beroperasi mulai 10 Jun tetapi perlu mematuhi SOP.

“Mesyuarat telah bersetuju untuk membenarkan rumah ibadat bukan Islam untuk beroperasi di zon hijau sahaja mulai 10 Jun 2020, tetapi mereka juga perlu mematuhi SOP yang telah dipersetujui.

Antara SOP yang ditetapkan ialah:

  1. Bilangan kehadiran tidak boleh melebihi 30 orang tertakluk kepada saiz rumah ibadat tersebut.
  2. Penganut yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir.
  3. Saringan suhu badan, penyediaan ‘hand sanitiser’, dan pemakaian topeng muka perlu dipatuhi.

“Hanya untuk warga negara malaysia sahaja, kebenaran ini hanya berdasarkan hari-hari yang penting bagi agama masing-masing,” katanya.

Setakat ini hanya 174 rumah ibadat sahaja yang dibenarkan beroperasi di seluruh negara termasuk di 84 Kuil, 15 Tokong, 67 Gereja dan 8 Gurdwara.

Sidang media perkembangan terkini PKPB | 21 Mei 2020

[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini PKPB oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 21 Mei 2020

Posted by Bernama TV on Wednesday, 20 May 2020

Sumber: Bernama TV

The post Rumah Ibadat Bukan Islam Di Zon Hijau Dibenar Beroperasi Mulai 10 Jun-Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments