Rentas Negeri: Boleh Berhenti Rehat Di RnR Tetapi Jangan Keluar Kereta, Kecuali Ke Tandas – Ismail Sabri

Dalam sidang media harian tentang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang disampaikan oleh Datuk Ser Ismail Sabri sebentar tadi mengenai individu yang ingin merentas negeri mengikut jadual yang ditetapkan boleh berhenti berehat Hentian Rawat dan Rehat (RnR) namun tidak dibenarkan untuk keluar dari kenderaan kecuali jika ingin ke tandas.

Tegasnya, mereka yang merentas negeri boleh berhenti rehat, namun dilarang sama sekali untuk keluar dari kenderaan kecuali jika ingin ke tandas. (Boleh rujuk video minit ke 9:54)

“Bagi mereka yang penat sebab perjalanan jauh, mereka boleh berhenti di RnR tapi tidak boleh keluar dan merayau di kawasan Rnr. Mereka mesti berada di dalam kereta masing-masing. Ini merupakan pergerakan yang terus kecuali jika ingin ke tandas,” katanya.

Rakyat dibenarkan merentas negeri untuk pulang ke kediaman masing-masing setelah lama terkandas di kampung. Anda boleh mendaftar di aplikasi Gerak Malaysia dan boleh memulakan perjalanan mengikut jadual yang ditetapkan PDRM.

 

Sumber: Sidang media Perkembangan PKPB

The post Rentas Negeri: Boleh Berhenti Rehat Di RnR Tetapi Jangan Keluar Kereta, Kecuali Ke Tandas – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments