PKP Mungkin Akan Dijalankan Semula , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Jelaskan Kenapa

Kebelakangan ini bila PKPB diperkenalkan orangramai mula rasa bebas dan mereka fikir keadaan seperti macam
biasa dan macam tak peduli yang wabak Cor0na masih berlaku.

Memang tak dinafikan semenjak PKPB dilancarkan juga dan kawalan pergerakkan dilonggarkan rakyat mula membanjiri jalan raya.

Sekiranya anda perasan setiap pagi dan petang memang akan penuh dengan kenderaan dan ia ini munkin kerana semua pergi berkerja tetapi jika anda lihat di kedai kedai makan, pasaraya atau pusat membeli belah jumlah pengunjung seperti tiada PKPB.

Rakyat mula leka dengan apa yang terjadi sekarang ini dimana kita masih belum menang. Ini yang diberitahu oleh Menteri Ismail Sabri baru baru ini.

Tak mustahil PKP akan dilaksana semula

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengenakan sekatan ketat untuk rakyat bergerak dengan banyak sektor perniagaan tidak dibenarkan operasi mungkin akan dilaksana semula.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu tidak mustahil dilakukan jika tahap pematuhan rakyat masih rendah terhadap peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, rakyat kini seolah-olah menganggap tempoh PKPB seperti sudah tiada undang-undang dikenakan dengan sebahagian mereka bebas bergerak ke sana sini, malah ada yang bebas membawa anak kecil ke pasar raya.

“Saya ingin memberikan peringatan bahawa PKPB bukan boleh kekal sebagai PKPB, malah dia boleh diperketatkan semula. Ia bergantung kepada kepatuhan rakyat yang diberi sedikit kelonggaran.

“Kalau banyak ketidakpatuhan, tidak mustahil PKP diperkenalkan semua. Ia bergantung kepada pematuhan rakyat. Jika tidak, kita mungkin akan kembali kepada PKP yang membataskan pergerakan kita. Kita harap kita dapat tamatkan PKPB dan bebas,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sumber : BHARIAN ONLINE




Post a Comment

0 Comments