PKP Disambung Atau Tidak Bergantung Pada Nasihat KKM – Ismail Sabri

Putrajaya, 8 Mei- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan menunggu nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum membuat keputusan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diteruskan atau tidak.

“Kementerian Kesihatan akan memberi nasihat kepada kerajaan kerana Akta 342 dibawah KKM dan Menteri Kesihatan perlu menasihatkan sama ada perlu disambung atau tidak.

“Seperti biasa, dua tiga hari sebelum tamatnya satu PKP, kerajaan akan mengumumnya,” katanya.

PKP ke-4 dijangka berakhir pada 12 Mei ini.

Sumber: RTM

The post PKP Disambung Atau Tidak Bergantung Pada Nasihat KKM – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments