Perangi COVID-19, Arab Saudi Ambil Langkah Drastik Kuarantin Wang Kertas & Syiling

Penularan wabak COVID-19 pada peringkat global kini masih di tahap yang sangat membimbangkan. Sesetengah negara masih lagi mencatatkan jumlah kes baru yang sangat banyak.

Antara kawasan yang masih lagi terjejas ialah di negara-negara Arab. Salah sebuah negara yang memerangi wabak ini dengan cukup tegas ialah Arab Saudi.

Terbaru kerajaan Arab Suadi dilaporkan akan melakukan kuarantin terhadap wang kertas dan syiling yang diterima di dalam negara sama ada dari dalam atau luar negara.

Langkah drastik ini diambil sebagai salah satu usaha berjaga-jaga demi membendung penularan yang lebih teruk wabak COVID-19 di negara mereka.

Menurut Lembaga Kewangan Arab Saudi (SAMA), sehingga kini pihaknya telah melakukan proses pensterilan mata wang kertas dan logam yang diterima kerajaan itu.

Pihak mereka turut mengasingkan wang tersebut selama 14 hari dan sehingga 20 hari. Ia bergantung kepada dari mana wang tersebut datang jelas SAMA menerusi sebuah video promosi yang menjelaskan prosedur mereka.

Kesemua wang yang dikuarantin akan ditempatkan di dalam bekas khas di mana proses pensterilan boleh dilakukan selain proses menyusun semula wang bagi memastikan kualiti dan kebersihan.

Wang kertas itu kemudian akan diasingkan mengikut piawaian. Mana-mana wang yang kotor dan tidak menepati standard akan dilupuskan.

Pada masa yang sama kesemua institusi kewangan di Arab Saudi telah diarahkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan wang yang digunakan sentiasa berada dalam keadaan bersih.

The post Perangi COVID-19, Arab Saudi Ambil Langkah Drastik Kuarantin Wang Kertas & Syiling appeared first on MASKULIN.




ms

Post a Comment

0 Comments