Pelajar Pasca Siswazah Dibenar Mulakan Aktiviti Akademik Dengan Kadar Segera- Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media hari ini memaklumkan bahawa kerajaan membenarkan pelajar pasca siswazah mulakan aktiviti akademik dengan kadar segera.

“Mesyuarat telah bersetuju untuk membenarkan pelajar-pelajar pasca siswazah mode penyelidikan seperti Pengajian Sarjana atau Masters dan Doktor Falsafah atau PHD untuk memulakan aktiviti akademik mereka dengan kadar segera.

“Kebenaran ini hanya melibatkan 31, 508 pelajar di 462 IPT yang perlu menjalankan aktiviti penyelidikan fizikal  di makmal, bengkel dan studio reka bentuk kerana memerlukan peralatan yang khusus untuk pengajian mereka,” katanya.

 

Tambahnya lagi, dianggarkan lebih kurang 60 orang pelajar sahaja yang dibenarkan pada setiap IPT.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

The post Pelajar Pasca Siswazah Dibenar Mulakan Aktiviti Akademik Dengan Kadar Segera- Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments