Pejabat Agensi Pelancongan Dibenar Operasi Untuk Pentadbiran, Aktiviti Pelancongan Masih Dilarang – Ismail Sabri

Menerusi sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa pejabat agensi pelancongan dibenarkan beroperasi.

“Kita bersetuju untuk membenarkan pejabat agensi pelancongan beroperasi tetapi adalah untuk urusan pentadbiran, kewangan dan pengurusan penjualan.

“Mereka juga boleh untuk menyediakan pakej-pakej pelancongan sebagai persediaan iaitu apabila kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan, maka mereka boleh menggunakan pakej-pakej pelancongan yang mereka sediakan,” katanya.

Pun begitu, aktiviti pelancongan masih lagi berada dalam senarai dilarang.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

The post Pejabat Agensi Pelancongan Dibenar Operasi Untuk Pentadbiran, Aktiviti Pelancongan Masih Dilarang – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments