Patrick Teoh Direman Kerana Berkata Sesuatu Pada TMJ

JOHOR BAHRU: Selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh dijangka direman pagi ini bagi membantu siasatan kes menghlna Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Teoh dipercayai sudah berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS), di sini, bagi siasatan kes berkenaan.

Dia dibawa ke situ sejak malam tadi selepas selesai memberi keterangan di IPD Petaling Jaya semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay pula dijangka memberi kenyataan terhadap kes berkenaan hari ini.

Semalam,Teoh dilaporkan ditahan polis di Petaling Jaya, Selangor atas tuduhan menghlna Tunku Mahkota Johor sebelum keterangannya diambil.

Peguam Teoh, Rajan Navaratnam dilaporkan berkata, juruhebah dan pelakon komedi terkenal itu didakwa berkongsi semula video lama Tunku Ismail berpakaian tentera dan mengendalikan senjata api.

Teoh juga didakwa memuat naik kata-kata k4sar ketika berkongsi video itu di akaun Facebooknya, Khamis lalu sebelum laporan polis dibuat.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan rangkaian yang tidak betul.

Sumber : Bharian Onlie




Post a Comment

0 Comments