Minggu2 kritlkal untuk kita, jika gagal, PKPD akan dilaksanakan…” -PM

Sebentar tadi, Perutusan Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) yang sudah mulai berlangsung pada 4 Mei yang lalu telah disambung sehingga 9 Jun 2020.

Minggu2 yang kritikal
Hal ini kerana masih ada kawasan yang mempunyai zon merah berikutan ada kes baharu dilaporkan. Susulan daripada itu, PM menasihati agar orang ramai terus menjaga kesihatan jika berada di luar rumah.

Tambah beliau lagi, hasil daripada PKPB ini masih belum boleh dinilai dalam masa terdekat dan kita sedang melalui minggu-minggu yang agak kritikal.

PKPD dilaksanakan di kawasan yang alami kes baharu

Jadi, beliau menasihatkan agar orang ramai terus patuh kepada SOP agar tiada pertambahan kes. Andai kata gagal dalam mengikut arahan, berkemungkinan Perintah kawalan Pergerakkan Diperketat akan dilaksana di kawasan yang dilaporkan mempunyai peningkatan kes positif Covid-19.

 

Dalam teks ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu juga turut meminta agar kita sama-sama mematuhi SOP bagi mengekang wabak ini dari terus menular.

Beliau mengingatkan orang ramai bahawa kita masih baru diambang kemenangan dan boleh jadi perkara tersebuttidak tercapai jika masih ada yang berdegil dan tidak mahu mengikut arahan yang sudah ditetapkan.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Kredit Omymedia

Sumber Bernama Muhyiddin Yassin




Post a Comment

0 Comments