KKM Bimbang Tentang Pergerakan Dan Perjalanan Individu Rentas Negeri – KP Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menyatakan kebimbangan dan kekhuatiran tentang pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri.

“Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan bimbang dan khuatir tentang pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri terutamanya menjelang perayaan yang bakal tiba.

“Seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), pemeriksaan yang telah dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia pada 15 Mei 2020 telah mendapati bahawa sebanyak 508 kenderaan telah cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung.

“Jumlah ini telah meningkat pada 16 Mei 2020 iaitu sebanyak 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung dan telah diarah untuk berpatah balik,” katanya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

The post KKM Bimbang Tentang Pergerakan Dan Perjalanan Individu Rentas Negeri – KP Kesihatan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments