Kes Didapati Menurun Namun Masih Terlalu Awal Untuk Isytihar Bahaya Covid-19 Sebagai Berisiko Rendah – Dr Noor Hisham

Melalui sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa walaupun kes didapati telah menurun, masih terlalu awal untuk isytihar bahaya Covid-19 sebagai rendah.

“Susulan tindakan agresif kerajaan dengan menggunakan pendekatan tertumpu iaitu ‘targeted approach’, lebih banyak kes telah dapat dikenalpasti dan kini jumlah kes didapati sedikit menurun namun begitu situasi ini masih boleh berubah mengikut hari dan masih terlalu awal untuk mengisytiharkan bahaya Covid-19 sebagai berisiko rendah.

“Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan semua bahawa penurunan jumlah kes tidak seharusnya membuatkan masyarakat leka dan terlalu mengambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) malahan masyarakat diseru untuk terus mengekalkan segala usaha selama ini dalam memerangi virus ini bersama kerajaan,” katanya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

The post Kes Didapati Menurun Namun Masih Terlalu Awal Untuk Isytihar Bahaya Covid-19 Sebagai Berisiko Rendah – Dr Noor Hisham appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments