“Jangan Seronok Sangat Sebab Kita Tak Nampak Virus, Kalau Nampak Tuan Puan Tak Beli Kuih” – Polis

Walaupun kita sudah berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), penjarakan sosial serta tidak berada di kawasan orang ramai antara langkah yang masih lagi harus kita patuhi untuk mencegah sebaran wabak COVID-19 ini di Malaysia.

Namun, tidak dinafikan ada segelintir masyarakat yang masih berdegil dengan tidak mematuhi arahan tersebut. Berdasarkan perkongsian video oleh Info Roadblock JPJ/Polis di Facebook, didapati masih ramai yang ingkar.

Video tersebut memaparkan orang ramai berkumpul di beberapa gerai tepi jalan untuk membeli juadah berbuka puasa sehingga dikatakan double park dan menghalang laluan.

Turut dilihat, seorang anggota polis sedang memberikan arahan dan peringatan yang tegas kepada orang ramai tersebut agar tidak meletakkan kenderaan sehingga menghalang laluan.

“Harus diingat, saya tak nak ada kenderaan di parking double park di kawasan ini, ini adalah jalan utama,” kata anggota polis itu.

“Fikir masalah orang lain semua, Jangan fikir untuk kesenangan diri sendiri sahaja.”

Anggota polis itu juga mengingatkan kepada para pembeli agar menjaga jarak ketika membeli makanan.

“Dan mana yang beli tu, jaga jarak. Jangan seronok sangat sebab kita tak nampak virus. Kalau kita nampak, tuan-tuan dan puan-puan pun tak mahu beli kuih.”

“Jagalah jarak, orang dah bagi bersyarat tu jagalah elok-elok. Kuih tu banyak, pakat-pakatlah beli bukannya berebut. Cakap bahasa paling senang sekali saya, itu pun tak boleh faham ke?” Ujar polis itu lagi.

PKPB-Masih Ramai Yg Degil

Dah la double park, tak jaga social distancing pulak….haiyya🤦🏻‍♂️Hidup tak habis2 menyusahkan orangTerbaik abam polis

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, 17 May 2020

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis

The post “Jangan Seronok Sangat Sebab Kita Tak Nampak Virus, Kalau Nampak Tuan Puan Tak Beli Kuih” – Polis appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments