Jamuan raya kecundang

SERAMAI 23 individu dikompaun RM1,000 setiap seorang selepas berkumpul di sebuah rumah di Simpang Setia Jaya Guar Chempedak, Gurun bagi menghadiri jamuan Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, pemeriksaan di rumah terbabit dilakukan anggotanya ketika rondaan penguatkuasaan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 8.30 malam semalam.

“Ketika polis tiba didapati 23 orang sedang menjamu selera atas jemputan tuan rumah.

“Mereka berusia antara 19 sehingga 25 tahun diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahnaz berkata, hasil siasatan mendapati semua mereka mengaku berada dan berkumpul di rumah berkenaan untuk tujuan jamuan makan sempena Aidilfitri.

Katanya, pemilik rumah berusia 24 tahun turut mengaku menjemput beberapa rakan baiknya dan saudara-mara untuk datang ke rumah itu pada tarikh kejadian, namun mendakwa ada tetamu yang membawa rakan lain yang tidak dikenalinya.

“Mereka didapati melanggar Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 yang membolehkan kompaun dikenakan,” katanya.

Sumber : hmetro

The post Jamuan raya kecundang appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments