Jaga Solat Bahagiakan Isteri, Semua Beban Akan Hilang Sekelip Mata!

Solat merupakan satu kewajipan dalam kehidupan. Amat penting setiap pasangan suami isteri agar menjaga solat setiap hari, jika ingin perkahwinan yang dibina berkat dan bahagia serta dimurahkan rezeki.

Banyak kes perceraian yang berlaku dalam rumahtangga berpunca akibat tak jaga solat dan mengabaikan solat. Pasangan sering bergaduh, mudah ‘panas’ dan saling menegakkan ego masing-masing.

Perkongsian pengalaman peribadi daripada Syariee Fadli ini mungkin boleh dijadikan panduan buat kita.

Ini kisah rumah tangga. Truly from my experience.

Kahwin umur 25 tahun. Masing-masing langsung tak matang. Hari-hari bergaduh. Bergaduh sebab family masing-masing . Yang isteri lebihkan keluarga dia.

Yang suami lebihkan keluarga dia. Aku rase most of pasangan yang baru-baru kahwin mesti hadap perkara ni. Bende ni nampak simple je tapi kalau kita tak sedar tak mustahil akan membawa kepada perceraian dan kemusnahan hidup.

Aku dan isteri langsung tak warak. Awal perkahwinan selalu tinggal solat. Jahat kan? Aku lagho. Bini pun apatah lagi. Sedangkan keluarga kami, mak ayah kami bagi didikan agama cukup.

Selalu pesan jangan tinggal solat. Solat tiang agama. Tapi degil.bongkak. Teruk sungguh perangai. Pernah kami suami isteri straight tak solat. Mengaji apatah lagi.Memang kelaut dalam. Dari sini lah sebenarnya punca utama kegagalan dalam kehidupan. Syukur kami sedar sebelum terlambat.

Selalu Bergadvh Sampai Nak Bercer4i Berai

Awal kawin selalu bergaduh sampai nak bercerai berai. Pelik sangat bila fikir. Bergaduh bende kecik je tapi dia punya penyelesaian mesti nak kena libatkan mak ayah aku. Mak ayah mertua. Sampai hampir bercerai berai. Macam tak logik langsung.

Rasa b0doh bila ingat balik. Macam-macam masalah timpa. Rasa susah nyee nak handle isteri degil. Keras kepala. Padahal diri sendiri pun sama. Degil keras kepala pada pencipta. Langsung tak nak sujud. Tunggang langgang rasa hidup. Lepas satu satu masalah datang. Yang paling pelik duit tak pernah nak cukup. Sampai masing-masing banyak bergantung harap kat mak ayah masing-masing.

Ajak Isteri Solat Bersama

Ada satu masa tu aku balik dari kerja setelah 2 bulan tak jumpa isteri. Makan hati woi, langsung tak contact isteri sepanjang kat laut. Rasa kosong sangat hidup. Bila balik. Jumpa isteri. Aku konon nak jadi suami yang cool rendahkan ego ajak isteri solat sama-sama. Nak tau tak apa reaksi isteri? Tak nak lah. Tiba-tiba je ajak solat siap jeling lagi kat aku.

Masa tu aku rasa tertampar gila. Rasa macam kena hempap balak. Selama ni kalau isteri melawan memang rasa bengang dan mula lah start berperang. Tapi time tu lain macam. Rasa macam sentap gilee. Sebab aku tau nape dia cakap camtu. Sebab dia tak yakin aku boleh jadi imam yang baik.

Perlahan-Lahan Berubah

Dari situ. Aku slow-slow berubah. Jaga solat 5 waktu. Mengaji walaupun merangkak. Dan alhamdulillah. Cepatnya masa berlalu. Isteri jadi seorang yang sangat taat. Dengar kata aku. Apa-apa keputusan mesti dia dahulukan aku. Kalau dulu hampeh. Semua ikut kepala dia je..

Solat tak tinggal dah macam sebelum ni. Rasa beruntung sangat ada isteri macam ni. Sampai kan duit belanja mak ayah aku dan mak ayah dia pun, dia selalu ingat kat aku untuk bagi setiap bulan. Tu belum kira keperluan lain lagi. Memang langsung tak kontrol duit aku untuk diri dia sendiri je.

Semakin Murah Rezeki

Paling aku bersyukur. Daripada takde pape sekarang aku dan isteri dah ada company sendiri yang makin hari makin berkembang walaupun hanya bermodal kan RM150 je awal permulaan. Dulu duit RM 1000 rasa macam dunia ini ana yang punya..

Tapi sekarang rasa mudahnya nak dapat rezeki. Semuanya Allah permudahkan.

Jaga solat. Jangan tinggal solat. Bahagiakan isteri. Semua beban hilang sekelip mata. Syukur ya Allah. Bukan nak riak. Tapi aku dambakan pahala kalau-kalau ada yang terdetik hati nak jaga solat asbab baca karangan aku ni. Percayalah.

Bukan cerita kosong. Sebab hari ni. Aku sangat bersyukur dengan nikmat yang aku dan isteri terima. 2020 ni InshaAllah nak susun langkah bawak anak bini ke Mekah pulak.. Wish me luck. Sekian.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya ingin bahagia dalam kehidupan, dimurahkan rezeki dan hilang segala kesusahan jaga solat setiap hari.

Sebagai suami, amat penting menjadi imam dan pemimpin dalam rumahtangga dalam membentuk keluarga.Semoga kita dan keturunan kita dikalangan mereka yang menjaga solat.

via Mingguan Wanita

Sumber : Syariee Fadli




Post a Comment

0 Comments