Isu Kompaun Ingkar PKP Berbeza, Terpulang Kepada Budi Bicara Mahkamah

Perbezaan jumlah kompaun yang dikenakan terhadap individu yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah kuasa penuh mahkamah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, undang-undang seperti yang termaktub hanya menyebut ‘tidak melebihi RM1,000’.

“Kuasa yang menentukan berapa jumlah hukuman adalah majistret yang terlibat, itu kuasa majistret.

“Kita sebuah negara demokrasi yang mengamalkan kebebasan sistem kehakiman.

“Maka, kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan yang dibuat mahkamah terhadap mana-mana yang individu yang dihukum di mahkamah.

“Jadi terserah kepada budi bicara mahkamah untuk menentukan hukuman,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP secara langsung, hari ini.

Sumber: RTM

The post Isu Kompaun Ingkar PKP Berbeza, Terpulang Kepada Budi Bicara Mahkamah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments