“Ingat artis kebal undang-undang ke?” – Gara-gara Memancing, Aiman Tino Didenda RM1,000

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi terkenal Aiman Tino kan? Ramai jugak budak sekolah yang minat betul dengan lagu dia ni.

Namun, kali ini Aiman Tino dilanda k0ntroversi apabila dia didenda RM1,000 sebab memancing di kolam ikan semalam, lapor Harian Metro.

Difahamkan, dia telah memancing di kolam ikan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu bersama adiknya yang berusia 14 tahun dan ayahnya. Tak boleh eh memancing time ni? 

Walaupun dah ikut SOP yang ditetapkan seperti pakai mask, namun dorang tetap dikompaun sebab katanya dah langgar PKPB.

Difahamkan, ketika serbuan polis dilakukan, 59 pengunjung kolam ikan terbabit terpaksa berhimpit di sebuah bangsal terbuka sebab hujan lebat. Rupanya sebab dah lebih 20 orang dalam satu bangsal.

Tapi, penyanyi yang berusia 22 tahun ini kesal sebab baginya, patutnya pemilik kolam yang dikompaun sebab dorang dah ikut SOP dengan memakai mask, amalkan social distancing dan ada nombor giliran untuk memancing.

Apa pendapat korang, siapa yang patut kena saman sebenarnya ni?

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : lobakmerah

The post “Ingat artis kebal undang-undang ke?” – Gara-gara Memancing, Aiman Tino Didenda RM1,000 appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments