Ibu Itik Seakan Minta Bantuan, Tolong Anaknya Terperangkap Dalam Lubang

Tular satu video yang berdurasi selama 3:05 minit yang dikongsikan di laman Twitter mengenai seekor ibu itik yang seakan berusaha memanggil orang untuk membantunya menyelamatkan anak-anaknya yang terperangkap di dalam longkang.

Kemudian, datang seorang lelaki bersama kawannya untuk membantu ibu itik tersebut. Dia memotong besi pada longkang berkenaan untuk memudahkannya menyelamatkan anak-anak itik itu.

Apa yang mengejutkan, sebanyak 20 ekor anak itik yang terperangkap di dalamnya.

 ‘Ini adalah misi menyelamatkan itik yang hebat’ katanya.

Pada akhir rakaman video tersebut, ibu itik  berasa sangat gembira selepas semua anak-anaknya dapat diselamatkan dan mereka berjalan bersama untuk pulang.

Sumber: TheDodo

 

The post Ibu Itik Seakan Minta Bantuan, Tolong Anaknya Terperangkap Dalam Lubang appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments