Hilang jawatan MB, Mukhriz salahkan Najib Gara Gara Ini

ALOR SETAR – “Walaupun arahan menjatuhkan saya di Kedah datang dari Presiden Bersatu melalui Dato Seri Hamzah, tetapi protagonist sebenar masih adalah orang yang sama dulu iaitu Datuk Seri Najib Razak”

Demikian dakwa bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika mengumumkan perletakan jawatannya sebentar tadi di Wisma Darul Aman.

Jelas Mukhriz, tujuannya tidak lain tidak bukan semata mata untuk melepaskan dirinya daripada tuduhan pecah amanah 1MBD dan SRC.

 

Mukhriz berkata, tindakannya yang mencabar Tan Sri Muhiyiddin Yassin bagi jawatan Presiden Bersatu juga antara punca beliau dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah.

“Umum juga mengetahui saya mencabar jawatan Presiden yang disandang oleh YAB Tan Sri Muhiyiddin Yassin di dalam pemilihan parti Bersatu.

“Atas dasar prinsip, Tun Mahathir pula telah menfailkan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin di dewan rakyat tentunya dua tindakan kami inilah penyebab kenapa saya hendak dijatuhkan daripada jawatan menteri besar Kedah,” katanya.

Dalam sidang media tersebut, Mukhriz juga mengumumkan kejayaan yang telah dicapai sewaktu beliau memimpin Kerajaan negeri bersama exco-exco dari Pakatan Harapan dan berharap agar Kerajaan baharu akan meletakan kepentingan rakyat dalam mengemudi urusan pentadbiran.

Sumber : Chempedak Cheese




Post a Comment

0 Comments