“Frontliner” KKM Bekerja 5 Bulan Tanpa Henti Siang Malam, Akan Diberi Rehat Bergilir-Gilir – KP Kesihatan

Putrajaya, 5 Mei – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan waktu rehat kepada para petugas barisan hadapan mereka.

“Barisan hadapan di kementerian Kesihatan (KKM) bekerja siang malam tak henti dah lima bulan dah. Tak kenal hari minggu, hari bekerja dah.

“Hari ini kita nampak hasil pengorbanan kita, kes semakin berkurangan. Sekarang ini kita lihat penggunaan wad rawatan rapi (ICU) dan COVID-19 semakin berkurangan,” katanya.

Justeru, kementerian akan memberi waktu rehat secara bergilir-gilir kepada staf Kementerian dan kaunseling kepada mereka.

“Jadi mungkin kita akan guna masa seminggu dua untuk beri time off kepada warga kerja KKM secara bergilir-gilir dan juga kita akan beri kaunseling kepada mereka agar mereka dapat pertahankan diri untuk menghadapi kalau ada peningkatan kes lagi,” tambahnya.

“Kita bersedia untuk yang terburuk, tapi kita berharap yang terbaik.”

“Kita adalah pertahanan terakhir”

Katanya, staf kesihatan adalah benteng terakhir negara menentang COVID-19. Kementerian akan menyusun semula strategi bagi menghadapi pandemik tersebut.

“Apa yang pasti, kita adalah pertahanan terakhir untuk kita mengelakkan daripada bencana besar kepada negara kita melibatkan kematian dan pertambahan kes.

“Jadi kini kami akan lihat balik tempoh seminggu dua untuk mengadakan perancangan baru untuk menyusun semula strategi tenaga kerja, peralatan kita dari hospital, makmal dankesihatan awam.

“Saya ingin ambil kesempatan ini bagi mengucapkan terimakasih kepada semua barisan hadapan bukan sahaja KKM, tetapi PDRM, ATM, Imigresen, NGO dan sebagainya yang telah banyak bekerja keras bagi memastikan hasil pencapaian kita hari ini,” kata beliau.

Sumber: KKM

The post “Frontliner” KKM Bekerja 5 Bulan Tanpa Henti Siang Malam, Akan Diberi Rehat Bergilir-Gilir – KP Kesihatan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments