DIY Tempat Gantung Kuali Bawah Singki. Kemas & Senang Capai, Modal Cuma RM20

Selalunya kuali lepas basuh dan kering kita letak bawah singki. Selain orang tak nampak, senang nak ambil bila nak masak.

Tapi mata tetap rimas kalau kuali ini tak tersusun meski pun letak dalam kabinet. Kalau rasa serabut, boleh gantung kuali ini ikut perkongsian Reezal Jelita ini. Modal cuma RM20 tapi hasilnya kuali tergantung kemas.

Guna drawer slide, modal RM20

Share sikit DIY tempat gantung kuali bawah kabinet singki. Modal dalam RM20 saja.

1. Drawer slide boleh beli kat Shoppe sepasang dalam RM10. Kayu boleh pakai apa-apa kayu yg sesuai.

2. Skru 2 bahagian ni.

3. Pasang hook screw, boleh beli kat Shoppe atau hardware.

4. Screw dulu 1 bahagian. Slider tu boleh cabut dulu 1 bahagian.

5. Pasang satu lagi bahagian slide.

Dah siap! Boleh slide keluar supaya boleh capai kuali yang belakang.

Selamat mencuba!

Sumber: Reezal Jelita

The post DIY Tempat Gantung Kuali Bawah Singki. Kemas & Senang Capai, Modal Cuma RM20 appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments