Diterima bekerja, puluhan gelandangan KL berhijrah ke Sitiawan mulai hidup baru

Sejak semalam, foto-foto para gelandangan yang di ibu kota menaiki bas menuju ke destinasi tempat kerja baharu menghiasi media sosial.

Berhijrah demi masa depan

Hal tersebut berikutan mereka telah diterima bekerja di syarikat di daerah Sitiawan Perak. Kumpulan pertama gelandangan membabitkan 43 individu dilihat menaiki 2 bas dan sedang mengangkut barangan peribadi untuk berhijrah ke negeri tersebut.

Ramai yang dah diterima bekerja
Menerusi Berita Harian, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memberitahu bahawa ada beberapa puluh individu lagi akan diterima bekerja di syarikat Top Glove yang bertempat di Kuala Lumpur.

Manakala 200 orang akan mengikuti kursus selama sebulan untuk meningkatkan potensi mereka dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum diambil bekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Permintaan yang baik dari syarikat

Menurutnya lagi, dia berharap agar 500 gelandangan yang menghadiri temuduga akan mendapat pekerjaan yang ditawarkan. Hal ini kerana syarikat di Sitiawan tersebut meminta 200 orang pekerja namun pihak mereka hanya mampu menghantar 43 orang dahulu.

Selain itu, Annuar turut memaklumkan bahawa andai ada permintaan dari pasar borong, mereka turut akan usahakan agar para gelandangan tetap mendapat pekerjaan.

Sedia bekerjasama bantu gelandangan luar ibu kota

Dalam pada itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa buah syarikat yang menyahut seruan dengan memberikan peluang pekerjaan kepada gelandangan.

Tan Sri Annuar Musa juga menjelaskan pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa tempatan lain untuk membantu gelandangan luar dari ibu kota untuk mendapat pekerjaan juga.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

kredit ohmymedia

Sumber : Tan Sri Annuar Musa




Post a Comment

0 Comments