Dakwa Temui Puntung Rokok Dalam Hidangan, Pelanggan Terkejut Lihat Rakaman CCTV

Seorang pelanggan di sebuah restoran di China menghadapi detik yang ‘mengerikan’ apabila melihat semula seorang chef didakwa meludah ke dalam makanannya di dalam satu rakaman sistem kamera keselamatan, lapor Daily Mail.

Pelanggan itu dibenarkan untuk mengakses video tersebut setelah menemui puntung rokok di dalam hidangan ‘stew’ yang dipesan olehnya.

Gambar: Daily Mail

Menurutnya, dia ternampak chef tersebut seperti dengan sengaja meludah ke dalam hidangan tersebut. Pekerja restoran itu mendakwa bahawa dia mengalami masalah pada tekak dan telah meludah ke lantai.

Menurut akhbar tempatan, Huashang Daily, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2 petang pada Ahad lalu di Restoran Sufuji di Xi’an.

“Dalam rakaman kamera keselamatan tersebut, anda boleh lihat dengan jelas bahawa chef tersebut menunduk untuk meludah ke dalam kuali,” kata pelanggan tersebut.

Gambar: Daily Mail

Restoran yang berada dalam pusat membeli-belah itu telah diperintahkan untuk ditutup dan chef tersebut dikatakan telah ‘ditangani’ dengan serius.

Memetik laporan Beijing News, badan pengawas pasar tempatan telah melancarkan siasatan mengenai kejadian tersebut dan memerintahkan restoran tersebut untuk memperbaiki masalahnya.

Sumber: Daily Mail

The post Dakwa Temui Puntung Rokok Dalam Hidangan, Pelanggan Terkejut Lihat Rakaman CCTV appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments