Cara Buat Kuih Semperit Paling Senang Cuma Guna 3 Bahan. Rasa Sedap Cair Di Mulut

 

Biskut semperit ini antara kuih yang wajib ada masa raya. Bagi beginner yang baru nak belajar buat kuih raya eloklah cuba dulu resipi semperit 3 bahan dari Azlina Ina Fans

Mudah untuk dibuat, bahan tak banyak tapi sedap. Katanya kalau makan cair di mulut. Wah!

Semperit 3 bahan

Bahan-bahan

  • 125g pure butter (kalau takde marjerin Pelangi pun boleh
  • 1/4 cawan susu pekat (dalam 7-8 sudu besar)
  • 270g tepung jagung (lebih kurang 2 cawan + 1/4 cawan lagi)

Cara membuat

Langkah 1
Masukkan butter kacau kemudian tambah susu pekat. Kacau rata.

Jadi macam ni ya.

Langkah 2
Masuk sedikit demi sedikit tepung jagung sambil uli guna hujung jari.

Langkah 3
Uli sampai doh tak melekat di jari dengan tepung yang kita ada tadi ikut keselesaan masing-masing. Cuma jangan tuang semua sekali tepung. Uli penting sampai doh licin maksudnya tak melekat di tangan.

Langkah 4
Masuk doh dalam acuan, boleh guna acuan pecah 15 cantik je kan.

Langkah 5
Letak coklat cip sebagai hiasan kalau letak pink atau putih lagi cantik.

Langkah 6
Bakar suhu 160 masa 25 hingga 30 minit bergantung kepanasan oven masing-masing. Siap dah, elok langsung tak jatuh bunga.

Selamat mencuba.

Resipi: Azlina Ina Fans

The post Cara Buat Kuih Semperit Paling Senang Cuma Guna 3 Bahan. Rasa Sedap Cair Di Mulut appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments