Berhimpit dan Berebut Keluar Shopping Raya, Kata² Dr Nor Hisham Macam Bagi Petanda

Bermula Isnin lepas Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan dan menerusi pemerhatian mendapati beberapa pihak sudah mula teruja untuk membuka premis masing-masing.

Ada di antaranya sudah mula menyebarkan di media sosial dan menghantar ‘peringatan’ menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengenai pembukaan premis mereka.

Bagaimanapun, perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana PKPB bukan bermakna kemenangan kerana kita semua masih belum bebas dari pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, Public Health Malaysia (PHM) menerusi laman sosial Facebook mereka (FB) meninggalkan mesej khidmat masyarakat kepada semua untuk mencegah kluster ‘shopping raya’.

Menerusi posting tersebut PHM menasihati orang ramai supaya memilih beli belah secara online dan tidak bersesak di pusat membeli belah.

PHM turut berpesan agar sebarang karnival membeli belah tidak diadakan. Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 10,000 reaksi warganet, 1200 komen dan 8300 share sehingga jam 10 malam, Sabtu.

 

Sementara itu menerusi laporan Harian Metro, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pakar Epidemiologi, Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Noran Naqiah Hairi berkata PKPB bermula Isnin ini perlu dilaksanakan secara beransur-ansur, bukan dilakukan secara mendadak, selaras saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurutnya, apa dimaksudkan secara berperingkat-peringkat itu termasuk sektor demi sektor serta melihat kepada zon hijau, kuning dan merah berkaitan penularan Covid-19.

Beliau berkata, keputusan memberikan kelonggaran hampir 100 peratus kepada sektor ekonomi dan membenarkan orang bersukan contohnya berjoging atau bermain badminton serta keluar makan di restoran secara serentak dalam satu masa amat membimbangkan sekali.

“WHO menekankan berkali-kali kepentingan exit-strategy secara beransur-ansur atau apa yang sering diperkatakan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai soft-landing.

“Mengapa? Virus SARS-Cov- 2 yang menyebabkan penyakit Covid 19 ini amat bijak sekali.

Dalam tempoh beberapa bulan ini, kita pelajari terdapat asymptomatic transmission/infection dan pre-symptomatic transmission yang boleh berlaku.

“Disebabkan ini seseorang dijangkiti akan berasa sihat, tidak menunjukkan apa-apa gejala penyakit. Padahal pada masa ini dia boleh menjangkiti orang lain,” katanya.

Beliau berkata, ada juga kes dilaporkan bahawa seseorang yang dijangkiti Covid-19 boleh menjangkiti orang lain dua hingga tiga hari sebelum simptom kepada dirinya bermula.

Tidak mustahil, katanya, apabila ramai orang keluar serentak termasuk pekerja atau orang yang keluar bersukan itu adalah dalam kalangan individu positif Covid-19 namun asymptomaticdan pre-symptomatic.

“Bayangkan sekiranya ini berlaku di tempat yang mempunyai ketumpatan populasi yang tinggi contohnya Selangor dan Kuala Lumpur.

“Ia amat membimbangkan sekali. Penularan wabak Covid-19 ini boleh menjadi tidak terkawal.

“Memandangkan PKPB sudah diumumkan, semua individu seluruh negara perlu mengamalkan disiplin yang tinggi,” katanya.

Sebagaimana sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan 18 Mac lalu, beliau menasihatkan jangan keluar rumah sekiranya tiada tujuan penting.

Menurutnya, setiap individu berperanan memerangi penularan Covid-19 termasuk mencegah ‘kluster shopping raya’.

“Janganlah bersesak-sesak lagi pasar raya. Tidak perlu makan beramai-ramai di luar, beli bungkus dan makan di rumah.

“Amalkan PKP sendiri. Tidak perlulah galak membeli-belah seperti sebelum berlakunya pandemik ini.

“Senaman masih boleh dibuat di dalam rumah. Beli-belah boleh di atas talian. Bagi yang keluar bekerja, amalan disiplin tinggi amat penting sekali,” katanya sambil berpesan teruskan amalan normal baharu seperti penjarakan sosial dan kerap mencuci tangan.

Dr Noor Hisham Bagi Amaran Kepada yg Masih Keluar Beramai² Shopping Raya

SEJAK kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei lalu, ramai dalam kalangan ibu bapa dilihat mula mengambil kesempatan membawa anak-anak keluar.

Namun yang menyedihkan ibu bapa ini membawa keluar pergi membeli-belah terutama menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Ibarat burung yang terlepas dari sangkar, masing-masing bagai tidak menghiraukan bahaya ‘musuh senyap’ yang menanti di luar rumah.

Apabila tegar mempertaruhkan nyawa anak mereka semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan Aidilfitri termasuk baju baharu.

Apabila ditanya alasan yang diberikan cukup mudah, takut baju yang dibeli tidak padan saiznya dan tiada orang menjaga anak di rumah.

Sedangkan jika mata kasar dapat melihat bagaimana rakusnya virus itu sedia menerkam ke arah mangsa yang leka, pasti orang dewasa sendiri pun tidak berani untuk keluar dari rumah.

Hampir saban hari rasanya Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihati orang ramai bahawa selain warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak juga golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti virus itu.

Walaupun setakat ini tiada kes kem4tian positif Cov-19 dicatatkan dalam kalangan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Namun sehingga semalam Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 317 kes positif virus itu adalah dalam kalangan kumpulan umur berkenaan.

Dr Noor Hisham memaklumkan daripada jumlah itu, 112 kes atau 35 peratus dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah dan 22 kes membabitkan bayi berusia kurang setahun!

Sehubungan itu, dalam hal ini hanya ibu bapa yang mampu menjadi benteng pertahanan untuk mengelak anak mereka daripada menjadi mangsa serangan virus yang meragut seramai 113 nyawa di negara setakat ini.

Kesedaran dalam kalangan ibu bapa dalam hal ini amat dituntut selain perlu memainkan peranan memberi didikan kepada anak-anak supaya mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi.

Seperti kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, walaupun tiada sekatan untuk ibu bapa membawa anak-anak ke pusat beli-belah mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ketika PKPB.

Namun adalah menjadi tanggungjawab keluarga untuk tidak mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya itu.

Jangan disebabkan hanya hendak menggembirakan anak-anak dengan membeli baju raya, ibu bapa pula meraung di pagi raya apabila anak-anak terpaksa mendapatkan rawatan di hospital akibat terkena ‘kluster pusat beli-belah’ dek kecuaian sendiri.

Sumber : Metro




Post a Comment

0 Comments