”Yakinlah Kita Dapat Atasi Dugaan Ini Bersama-Sama” – Muhyiddin Yassin

”Teruskanlah cekal, kuat dan bersemangat, yakinlah kita akan dapat atasi dugaan ini bersama-sama,” demikian kata-kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada seluruh rakyat Malaysia dalam ucapannya sebentar tadi.

Beliau meminta supaya semua rakyat untuk terus kuat menghadapi wabak Covid-19 dalam waktu-waktu yang kritikal ini dengan mematuhi segala peraturan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

”Ini adalah pengorbanan yang perlu kita lakukan dalam usaha memenangi ‘peperangan’ menentang wabak yang membawa maut.

”Untuk memenangi ‘peperangan’ ini bermula dari rumah kita sendiri dengan keluarga kita.

”Jadi, kita boleh menghentikan wabak ini dari menular dengan berada di rumah dan mengekalkan jarak fizikal,” kata Muhyiddin.

Di dalam siaran langsung Perutusan Khas Pakej Tambahan Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ini, Muhyiddin telah mengumumkan beberapa inisiatif bagi membantu meringankan beban PKS.

Pakej tambahan yang berjumlah RM10 bilion itu akan memanfaatkan sektor PKS yang menyumbang lebih dua pertiga jumlah pekerjaan dan hampir 40 peratus kepada ekonomi negara.

Sumber: Siaran Langsung Perutusan Khas PM

The post ”Yakinlah Kita Dapat Atasi Dugaan Ini Bersama-Sama” – Muhyiddin Yassin appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments