(Video) Warga Emas Hanya Mampu Tidur Tepi Jalan Menitis Air Mata Bila Ustaz Ebit Hulur Bantuan, Sewakan Bilik Untuknya

Umum mengetahui kebaikan hati dan budi pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Tidak kekok berbuat baik di mana pun dijejakinya, beliau sentiasa melayan semua orang yang ditemui dengan kasih sayang.

Baru-baru ini, beliau telah bertemu seorang warga emas gelandangan yang kadangkala tinggal bersama rakannya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Mereka berkongsi satu bilik sewa di sebuah rumah flat di Selayang dan kini tidak mampu lagi membayar sewa kerana tidak dapat bekerja.

Sebak bila ramai pm saya tentang pakcik ini tengah malam. Tidur tepi jalan tiada duit dan tempat tinggal. Seorang adik Nazira baik hati jumpa dan belanja pakcik ini KFC dekat Sunway Putra Mall. Pagi esoknya terus saya bergegas cari pakcik ini.

Pak Long selepas isterinya meninggal, terus ke KL cuba mencari rezeki. Sewa bilik dekat KL. Dah lama tak mampu bayar. So dah takde bilik untuk tinggal. Sekarang tidur merata-rata dijalanan dan kadang menumpang rumah kawannya yang OKU. Dia tak nak ke rumah gelandangan dan kebajikan. Katanya saya nak terus berusaha sendiri walau apapun.

Saya terus bawanya ke bilik yang dia berhutang lama tu dan tengok bilik tu. Tandas dekat luar. Ada bilik lain disitu. Saya terus hubungi tuan rumah dan dia kata Pak Long tu baik. Tapi dah lama sangat. Saya faham yerlah kita semua cari rezeki.

Saya pun minta nombor akaunnya dan bayarkan semua hutang bilik tu dan minta lepas ni saya bayarkan je bulan-bulan selagi pakcik nak duduk situ. Tuan rumah tu gembira. Pak long terus menangis terharu masa saya cakap dengan tuan rumah tu.

Syukur pak long dah ada rumah. Saya dah beri belanja untuk berehat sampai habis tempoh PKP ini. Masa menangis pak long kata selalu orang tanya khabar simpati. Saya ingat dah takde orang boleh bantu saya. Saya malu rasa ustaz baik sangat tolong macam ni. Takper pak long. Allah yang sayang pak long. Jaga solat dan teruskan buat kebaikan. Masa tu saya pun sebak dan tahan je menangis. Senyuman tangisan itu buat saya rasa lega. Walau ada lagi beberapa kes lain nak tengok. Ya Allah terimalah semua ini.

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
Cimb 8603546376

Sumber: Ebit Lew

The post (Video) Warga Emas Hanya Mampu Tidur Tepi Jalan Menitis Air Mata Bila Ustaz Ebit Hulur Bantuan, Sewakan Bilik Untuknya appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments