(Video) Tutorial Cara Nak Ganti “Tinted Polarize” Tv LCD Yang Rosak, Lebih Menjimatkan

Antara perkara yang boleh dibuat ketika musim PKP ini sudah tentulah duduk menonton tv bersama keluarga kan. Melayan minat anak-anak ataupun tonton drama dari pagi hingga ke malam.

Tapi kalau keadaan fizikal tv tidak memuaskan, memang boleh hilang selera nak berhibur. Salah satu yang biasa terjadi ialah tinted polarize tv yang rosak seperti menggelembung ataupun pecah.

Sebenarnya, anda boleh menyelesaikan masalah itu sendiri di rumah, tidak perlu dibawa ke mana-mana kedai untuk dibaiki jika anda tahu caranya.

Jom ikuti tutorial yang disediakan oleh saudara Muzaffar Masor di bawah.

Masalah Polarize yang rosak.

Masa tv off.

Buka bahagian penutup belakang.

Cabut soket pada bahagian belakang dengan berhati-hati.

Bahagian belakang tv selepas dibuka.

Proses-proses membuka.

Buka skru bahagian panel depan tv.

Buka cover depan tv.

Keadaan tinted polarize.

Tanggalkan cover frame LCD.

Selepas cover frame dibuka, tanggalkan tinted polarize yang rosak.

Buat dengan berhati-hati, takut merosakkan permukaan LCD.

Cuci kesan gam pada permukaan LCD.

Sediakan tinted polarize baru. Dibeli dari Shopee berharga RM 50.

Spray permukaan skrin dengan air sabun sedikit sebelum tampal tinted polarize baru.

Lekatkan tinted polarize baru dengan berhati-hati.

Tolak keluar air sabun.

Kemudian keringkan dengan menggunakan pengering rambut.

Pasang kembali skru.

Dah siap, tapi pastikan betul-betul tiada kesan air sabun dan kering sepenuhnya sebelum tv dihidupkan.

Hasil selepas semua kerja selesai.

Mudah je kan. Tapi anda perlulah melakukannya dengan penuh berhati-hati. Takut ada kerosakkan yang lain pula. Lagi satu, abang ni pesan, dia tak buat servis membaiki tv. Sekadar berkongsi sedikit ilmu yang ada sahaja.

Selamat mencuba.

Sumber: Muzaffar Masor

The post (Video) Tutorial Cara Nak Ganti “Tinted Polarize” Tv LCD Yang Rosak, Lebih Menjimatkan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments