(Video) Tiada Sekatan Untuk Pulang, Tetapi Pelajar Di Luar Negara Dinasihat Kekal Disana

Menteri Pertahanan menasihatkan pelajar Malaysia di luar negara agar terus berada di negara berkenaan dan mematuhi perintah negara itu

“Kita menasihatkan, (tidak menyekat) pelajar-pelajar kita yang berada di luar negara supaya berada terus di negara tersebut.

“Sesetengah negara mempunyai prosedur yang ketat untuk keluar dari negara itu,” katanya.

Tambahnya, kerajaan pernah membawa pulang pelajar dari Mesir melalui Brunei.

“Tidak timbul isu mereka tidak boleh pulang. Tapi seperti yang saya kata lebih awal, daripada UK, AS yang ingin balik di sana mungkin ada sekatan, mereka mesti patuh di negara tempat mereka berada.

“Nasihat saya supaya kekal di negara mereka.

Namun jika ada yang pulang, mereka akan terus dibawa ke pusat kuarantin sebaik sahaja tiba di Malaysia, jelasnya.

Sumber: Bernama

The post (Video) Tiada Sekatan Untuk Pulang, Tetapi Pelajar Di Luar Negara Dinasihat Kekal Disana appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments