(Video) TERKINI: 131 Kes Terbaru COVID-19, 3,793 Keseluruhan

Putrajaya, 6 April-Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan 131 kes terbaru COVID-19 di negara ini.

“Sehingga hari ini, 131 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,793 kes,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media sebentar tadi.

Hingga kini, 102 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi. Dari jumlah itu, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan, katanya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

The post (Video) TERKINI: 131 Kes Terbaru COVID-19, 3,793 Keseluruhan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments