(Video) Siap Ada Iringan Gamelan, Satu Keluarga Buat Majlis Konvokesyen Di Rumah

Pandemik Covid-19 yang menular dalam kalangan masyarakat dunia pada ketika ini nyata mengubah kehidupan harian ‘normal’ yang dijalani sebelum ini.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di Malaysia juga memperlihatkan pelbagai acara termasuk majlis konvokesyen terpaksa ditangguh bagi mengelak penyebaran virus.

Disebabkan itu, Nabeel Al Bukhary bersama keluarga mengambil pendekatan untuk melaksanakan ‘majlis konvokesyen’ sendiri di rumah bagi meraikan kakaknya yang telah tamat belajar.

Menerusi video yang dimuatnaik olehnya di laman Twitter, ‘majlis’ itu turut diserikan dengan ‘naib canselor’ iaitu ibu mereka sendiri. Suasana ‘majlis’ itu juga dilihat lebih real apabila ‘pengacara majlis’ dilihat mengumumkan nama kakaknya.

Sumber: Nabeel Al Bukhary

The post (Video) Siap Ada Iringan Gamelan, Satu Keluarga Buat Majlis Konvokesyen Di Rumah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments