(Video) Ruang Mewah Ala Klasik, Ramai Tak Tahu Ada Tren Dari Bangkok Terus Ke Singapura

Pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang suka mengembara ke tempat lain sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Selain memandu sendiri, pengembara seringkali menggunakan pengangkutan lain seperti kapal terbang dan kereta api.

Melihat kepada penggunaan kereta api, ramai yang tidak mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kenderaan itu.

Ini kerana, tahukah anda bahawa terdapat satu kereta api mewah milik syarikat perhotelan gergasi Belmond dari United Kingdom menawarkan perkhidmatan yang pastinya tidak akan dapat dilupakan. Untuk mengetahui bagaimana, apa yang dimaksudkan dan berapa kosnya, ikuti perkongsian yang dikongsi oleh @Akram_Haruka1 berkenaan keretapi mewah ini seperti berikut:

Korang tahu tak ada train yang direct dari Singapore terus ke Bangkok, Thailand melalui Kuala Lumpur? Ya ada namanya Eastern & Oriental Express dengan perjalanan 3 hari 2 malam di dalam train. Tapi train ni hanya mempunyai kekerapan 2-4 kali sebulan sahaja.

 

 

Tren ini fully air-conditioned dgn facility 5 bintang! Train ini adalah tempat larangan merokok kecuali boleh ke gerabak open air di gerabak belakang train. Jangan terkejut harga tiket boleh mencapai RM34,320 ($7800) seorang sehala perjalanan tau!

Harga tiket & jenis kabin

Tapi kenapa mahal sangat? okay mari kita tengok jenis cabin sleeper yang kita boleh pilih. Pertama adalah cabin “Pullmans” dimana ia adalah kabin sebilik dan mempunyai katil bunk bed dan juga mempunyai bilik air! Harga tiket seorang $3600 atau RM15,480.

Pilihan cabin kedua pulak ialah cabin “Staterooms” di mana saiznya ialah 2 kali ganda saiz cabin “Pullman” termasuk 2 aingle beds dan ruang rehat bersofa serta meja makan. Harga tiket seorang ialah $5100 atau RM22,400.

Pilihan ketiga pula ialah cabin “Presidential Suite”. Cabin ini cuma ada dua di dalam train, Saiznya lebih besar sedikit berbanding cabin “Staterooms” juga mempunya tempat rehat bersofa dan meja menghadap tingkap! Harga seorang di cabin ini ialah $7800 atau RM34,320.

Kesemua bilik itu ada bilik berdua (sharing), jika anda mahu lebih privasi untuk Solo traveller, anda boleh ambik bilik seorang untuk cabin “Pullman” dengan harga $5600 atau RM 24,640 seorang.

Harga tiket termasuk makan di dalam tren

Tapi apa lagi istimewa sangat sampai harga mahal gila ni? Harga tersebut adalah TERMASUK makan di dalam tren! The Eastern & Oriental Express mempunyai 3 gerabak dining-cars, mempunyai 1 meja makan berdua untuk lunch pada 12.00pm/2.00pm atau dinner pada 6.00pm/9.00pm.

Anda boleh book meja makan anda sendiri bila book ticket train ni tau! Makanan sahaja termasuk dalam harga tiket. Tetapi minuman lain seperti wine, anda perlu membayar $40 sebotol wine! Yang uniknya hanya matawang US DOLLAR digunakan sepanjang perjalanan, Credit Card juga diterima.

Jenis gerabak

Jenis gerabak terdapat di train ini, Gerabak “The observation” atau gerabak pemandangan, dimana gerabak ini ialah open air dan anda boleh lihat pemandangan dan menghirup udara luar, Steward train juga akan menyediakan kopi untuk anda juga jika diminta.

Gerabak lain ialah “Observation car lounge” ialah bertemakan minum petang dimana anda boleh berehat disini dan menikmati kopi secara percuma.

Gerabak “Saloon car with reading room & boutique” pula mempunyai small private dining, dan kedai cenderamata Eastern & Oriental Express, meja bacaan dan perpustakaan kecil di dalam gerabak tersebut.

Jadual perjalanan untuk tahun 2020

Jadual pulak macam mne? Okay untuk 2020, jadual dia hanya seperti dibawah : Singapore to Bangkok (3 days, 2 nights): 2020: 18, 30 January; 8, 17, 26 February; 6, 15, 26 March; 3, 23 April; 6, 14, 29 September; 23 October; 1, 10, 20, 29 November; 20, 29 December.

Southbound departures from Bangkok to Singapore (4 days, 3 nights): 2020: 3, 12, 25 January; 12, 21 February; 1, 10, 21, 29 March; 7, 27 April; 9, 20 September; 5, 18, 27 October; 5, 15, 24 November; 5, 24 December.

Tour pon include sekali tau!! Northbound timetable: Singapore Woodlands Checkpoint depart 15:00 day 1, Kuala Lumpur historic station 01:00, Kuala Kangsar 08:00-10:15 day 2, River Kwai Bridge arrive 10:45 day 3, Kanchanaburi depart 12:00 day 3, Bangkok arrive 16:15 on day 3.

Southbound timetable: Bangkok depart 17:50 on day 1, River Kwae Bridge arrive 08:30 day 2, Kanchanaburi depart 11:00 day 2, Kuala Kangsar 13:45-16:20 day 3, Kuala Lumpur 22:30-00:15 day 3/4, Singapore Woodlands Checkpoint arrive 10:30 on day 4.

Nah, video penuh perjalanan dari Bangkok-Kuala Lumpur-Singapore

Sumber: @Akram_Haruka1

The post (Video) Ruang Mewah Ala Klasik, Ramai Tak Tahu Ada Tren Dari Bangkok Terus Ke Singapura appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments