(Video) ‘Rider’ GrabFood Gigih Tolak Motosikal Dalam Banjir Buat Ramai Tersentuh

Permintaan untuk penghantaran makanan sejak kebelakangan ini boleh dilihat semakin tinggi susulan daripada perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak pandemik virus Covid-19.

Selepas sahaja PKP ini dilaksanakan, orang ramai yang hendak keluar untuk membeli barangan keperluan harian dinasihatkan supaya memilih perkhidmatan atas talian ini bagi mengelakkan diri daripada risiko dijangkiti virus maut tersebut.

Justeru daripada itu, rata-ratanya daripada kita baru dapat melihat tentang betapa besar dan pentingnya tugas seorang penghantar makanan ini kepada masyarakat. Walaupun berpanas terik, hujan, lapar dan dahaga, golongan mereka ini tetap akan melaksanakan tugas mereka seperti yang telah dipertanggungjawabkan.

Menerusi satu perkongsian video yang dikongsi oleh pengguna Twitter bernama @WongZaff, kesungguhan dan kecekalan semua ‘riders’ dapat diterjemahkan melalui video yang telah tular di media sosial ini.

Video yang berdurasi selama 14 saat itu nampaknya telah membuatkan ramai dalam kalangan warga Twitter yang tersentuh. Malah, ada juga yang mendoakan kehidupan ‘rider’ tersebut pada masa akan datang.

Sumber: Twitter

The post (Video) ‘Rider’ GrabFood Gigih Tolak Motosikal Dalam Banjir Buat Ramai Tersentuh appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments