(Video) ‘Rider’ Grab Di Indonesia Tunggang Kuda Dapat Perhatian

Baru-baru ini tular satu video di laman sosial seorang ‘ojek’ataupun pemandu Grab bermotorsikal menunggang kuda di tengah-tengah jalan di Indonesia.

Melalui rakaman tersebut, ‘rider’ tersebut dilihat seperti sangat mahir menunggang haiwan tersebut dan tidak menghiraukan kenderaan disekitarnya.

Lelaki tersebut dikatakan menunggang kuda melintasi kawasan kampus Universiti Muhammadiyah Surakarta (UMS) di Jawa Tengah, Indonesia.

Video berdurasi 13 saat tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, @lyvewfi dipercayai salah seorang mahasiswa universiti tersebut sebelum menjadi tular.

Sumber: Agenda Solo, Suara.com, Youtube, @lyvewfi 

The post (Video) ‘Rider’ Grab Di Indonesia Tunggang Kuda Dapat Perhatian appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments